5 Tips Jadikan Bilik Mandi Anda Seperti Baru

Peralatan bilik mandi sering menjadi kusam apabila terdedah dengan air dalam jangka masa yang lama. Ia sekali gus menjadikan bilik mandi and...

29 July 2019

5 Tips Jadikan Bilik Mandi Anda Seperti Baru

Peralatan bilik mandi sering menjadi kusam apabila terdedah dengan air dalam jangka masa yang lama. Ia sekali gus menjadikan bilik mandi anda nampak tidak berseri.

Kadang kala peralatan bilik mandi anda masih dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan dengan baik. Anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mengembalikan seri di bilik mandi anda

Dalam artikel ini, kami anda kongsikan 5 tips ringkas yang boleh anda guna untuk membersihkan peralatan bilik mandi anda dan menjadikannya nampak seperti baru. Yang paling penting sekali, JIMAT!


#1: BERSIH BILIK MANDI MENGUNAKAN SABUN CUCI PINGGAN


Caranya adalah mudah. Letak sedikit sabun cuci pinggan ke atas permukaan kering dan gosok menggunakan berus. Ia dapat menanggalkan kesan sabun mandi, dan kotoran. Seterusnya, bilas bilik mandi anda dengan air yang bersih.

Sabun cuci pinggan juga selamat dan tidak mempunyai bau yang membahayakan keluarga anda.



Saranan kami supaya menggunakan berus dan bukannya span kerana ia lebih mudah dan cepat. Lebih baik sekiranya anda menggunakan penyapu berus kerana ia tidak menyebabkan anda sakit sendi dan lutut.


#2: CUCI PILI AIR MENGGUNAKAN BERUS GIGI DAN UBAT GIGI


Ubat gigi bagus untuk menghindarkan kesan minyak, kapur dan sabun mandi. Setitik ubat gigi lama sudah mencukupi untuk satu pili air. 

Kemudian, lapkan terus menggunakan 'wax-paper'. Ia memberikan kesan kilauan yang tahan lama menjadikan pili air anda nampak seperti baru.

Cari ini sesuai untuk mencuci peralatan yang berasaskan 'stainless-steel'.


#3: GUNA 'BAKING SODA' UNTUK ATASI SINKI TERSUMBAT


Letakkan 'baking soda' ke dalam lubang sinki yang tersumbat. Biarkan untuk seketika. Ia akan melarutkan sisa-sisa di dalam lubang tersebut yang menyebabkan sinki tersumbat.

Bilas dengan menuangkan air panas ke dalam lubang sinki tersebut. Anda akan dapati sinki anda tidak tersumbat lagi. Mudah kan?


#4: GUNA CUKA UNTUK BERSIHKAN 'TILE' DAN SINKI


Adakah anda perasan yang anda mengalami sakit tekak selepas anda mengunakan cecair pencuci tandas? Ini adalah kerana bahan kimia yang digunakan adalah kuat dan mampu memberi kesan kepada tekak anda. Lupakannya dan tukar kepada yang lebih selamat dan ia ada di dapur anda!

Cuka dapat menghilangkan kesan air dan sabun mandi. Gunakan cuka untuk membersihkan lantai dan sinki anda. Campurkan sedikit jus lemon untuk mempercepatkan dan memberi kesan yang lebih baik.

Anda akan dapati sinki yang bersinar semula dan berbau harum.


#5: CUCI CERMIN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH


Anda memerlukan alkohol untuk perubatan, kapas, cecair pencuci cermin, dan kain mikro fiber.

Letak sedikit alkohol pada kapas, dan lap pada cermin untuk menanggalkan kesan gam, minyak, dan ubat gigi yang kering. Kemudian, semburkan cecair pencuci cermin dan lapkan keseluruhan cermin. Anda juga boleh mengunakan cuka. 

Lap mengunakan kain mikro fiber. Ia tidak akan meninggalkan kesan bulu pada cermin.

Cara ini hanya perlu dibuat sekali untuk 2-3 bulan. Dalam aktiviti seharian, anda hanya perlu mencuci dengan mengunakan alkohol sahaja. 


5 tips yang mudah dan ringkas serta menjimatkan. Cubalah! anda boleh jadikannya sebagai rutin harian anda agar bilik mandi anda sentiasa bersih dan menyegarkan.


Anda rasa artikel ini bermanfaat kepada rakan anda? Share kan di Facebook anda.


24 July 2019

Tips pilih bantal yang sesuai mengikut posisi tidur

Ada di antara kita yang tidak mengendahkan perihal bantal ketika tidur. Pemilihan bantal yang betul akan memberi kesan yang baik kepada postur badan terutamanya tengkuk ketika kita tidur.

Pemilihan bantal yang betul akan menjadikan tidur yang lebih efisyen dan akan memberikan anda tidur yang cukup serta rasa lebih bertenaga setelah bangun dari tidur untuk menghadapi hari seterusnya.

Bantal mempunyai beberapa jenis dan mempunyai kesesuaian terhadap setiap posisi tidur yang berlainan. Bagaimanakah posisi tidur anda dan jenis bantal manakah yang sesuai dengan anda?

Mari kita lihat beberapa jenis posisi tidur dan jenis bantal mengikut kesesuaiannya.


#1: TIDUR BERBARING (BACK SLEEPER)




Sesiapa yang cara tidurnya adalah berbaring, anda boleh memilih bantal jenis yang lembut supaya kepala anda tidak terlalu ke depan dan tidak memberikan tekanan yang berlebihan kepada tengkuk anda ketika tidur.

Bantal yang lembut akan memberikan sokongan yang baik kepada tengkuk dan memastikan postur tulang belakang sentiasa dalam keadaan yang baik.


#2: TIDUR MENGIRING (SIDE SLEEPER)



Bantal yang pejal, dan tinggi adalah sesuai untuk anda yang tidur secara mengiring. Ia akan memastikan tulang belakang dan tengkuk dalam keadaan yang lurus.

Anda juga boleh meletakkan satu bantal di antara lutut anda ketika tidur. ini akan mengurangkan kesakitan di bahagian bawah belakang.


#3: TIDUR MENIARAP (FRONT SLEEPER)




Seperti tidur berbaring, tidur secara meniarap juga memerlukan bantal yang lembut untuk menyokong leher dan belakang.

Satu bantal juga perlu diletakkan di bawah perut untuk menyokong bahagian bawah belakang.


#4: TIDUR TIDAK TETAP (TOSS AND TURN)

Ada juga yang ketika tidur, posisinya tidak tetap. Tiada formula yang khusus dalam pemilihan bantal untuk posisi tidur yang tidak tetap ini. Akan tetapi, anda boleh menggunakan bantal yang ketinggian dan kepadatan yang sederhana untuk menyokong tulang ketika mengiring dan berbaring.


Walau bagaimanapun, sebagai umat islam, agama menganjurkan untuk tidur secara mengiring ke kanan dan meletakkan telapak tangan dibawah pipi seperti sunnah Rasullah S.A.W.


Anda rasa artikel ini bermanfaat untuk rakan anda? Share kepada rakan Facebook anda.

5 Pokok Pembersih Udara Dan Penyeri Rumah Anda

Antara cantik dan fungsi, yang manakah lebih relevan?

Ramai yang suka akan bunga hiasan tiruan yang mana dikatakan mudah untuk dijaga dan mencantikkan dalaman rumah. Mana tidaknya, pokok tiruan tidak perlukan cahaya matahari dan air yang cukup untuk bertahan. Namun begitu, setelah beberapa lama, pokok tiruan perlu di bersihkan daripada habuk dan warnanya akan menjadi pudar, menyebabkan rumah anda hilang seri.

Berbeza dengan pokok tiruan, pokok asli mempunyai kelebihan yang pasti ada diantara kita yang tidak tahu atau tidak ambil peduli. Antara kelebihan atau fungsi yang sangat bermanfaat kepada kita adalah sifat pembersih udara. Ya. terdapat pokok yang berfungsi sebagai pembersih udara yang mana dapat membuat toksik-toksik dan racun yang terkandung di dalam udara kepada oksigen yang lebih bersih. Ini secara tidak langsung, sangat bermanfaat kepada anda yang tinggal di apartmen di bandar.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 jenis tanaman yang boleh membersihkan udara dalam rumah anda sekali gus boleh menaikkan seri dalaman rumah anda.


#1: SIRIH GADING



Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung.

Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.


#2: ALOE VERA



Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde.

Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.


#3: PAKIS BOSTON



Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara.

Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering.


#4: MONSTERA DELICIOSA



Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam.

Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.


#5: LIDAH MERTUA



Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara.

Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.

Sumber: freemalaysiatoday.com

Terdapat banyak lagi jenis tanaman yang dapat membersih udara secara semula jadi. Tanaman-tanaman ini anda boleh dapat pada harga yang rendah. Selain dapat membersihkan udara, menambahkan bekalan oksigen dalam rumah anda, ia juga dapat menaikkan seri di dalam rumah anda dan juga menjimatkan kos kerana anda tidak perlu untuk mendapatkan penapis udara yang pastinya perlu bayar secara bulanan.


Anda rasa artikel ini bermanfaat untuk kenalan anda? Share kepada rakan anda di Facebook.

Ketahui 10 Rahsia Pelaris Homestay

Kami percaya anda adalah seorang pemilik atau pengusaha homestay. Sebab itu anda tertarik dengan artikel ini. Pasti anda ingin tahu apakah rahsia yang akan membantu anda untuk melariskan homestay anda.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 rahsia yang akan membantu anda meningkatkan jumlah 'booking' untuk homestay anda. Rahsia ini adalah hasil daripada pengalaman seorang jutawan homestay, Faridil Atras, yang kini memiliki 8 buah homestay di seluruh Malaysia dan menerima pengunjung dari dalam dan luar negara. 

Secara umumnya, sekiranya anda seorang yang sukakan deko atau hiasan rumah, pasti anda akan dapat lebih banyak idea bagaimana untuk melariskan homestay anda. Tapi, jangan sesekali guna 'pelaris' yang haram tu tau! :)



PELARIS #1: DEKORASI YANG EKSLUSIF

Pelanggan inginkan kelainan ketika bercuti, oleh itu, pemilihan dekorasi yang menarik menjadi tarikan kepada pelanggan untuk memilih homestay anda. Anda boleh menambah dekorasi seperti frame gambar, pasu bunga, dan sarung kusyen moden yang boleh didapati di kedai dekorasi seperti Kaison, Romantika dan SSF. Anda juga boleh memasang wallpaper bagi menonjolkan kelainan di dalam hiasan dalaman homestay anda.

Pelbagai pilihan frame gambar yang menarik


 Sarung kusyen corak moden

Pemilihan corak cadar dan tuala juga merupakan elemen penting dalam menaikkan seri homestay anda. Berhati-hati agar jangan terpilih corak cadar old style . Pilihlah corak yang moden dan terkini. Corak cadar moden mampu mempengaruhi suasana dan menaikkan seri homestay anda.

Elakkan mengunakan cadar dan sarung bantal yang lama. Ia akan menyebabkan homestay anda nampak suram.



Cadar dan sarung bantal yang bercorak moden akan menjadikan homestay anda kelihatan moden dan ekslusif.



PELARIS #2: PEMILIHAN WARNA TEMA



Pemilihan warna penting kerana ia berhubung kait dengan nilai-nilai homestay yang dibawa di samping membantu memperkukuhkan hiasan homestay anda. Setiap warna mempunyai maksud dan emosi yang tersendiri. Oleh itu pemilihan warna haruslah betul dan tepat dengan konsep homestay yang dibawa.

Biasanya, jumlah warna yang digunakan adalah di antara dua hingga ke tiga warna sahaja. Menurut Robert Plutchik, seorang pakar psikologi dan pengarang buku terkenal, setiap warna mempunyai maksudnya yang berbeza dan ia mampu mempengaruhi emosi dan persepsi seseorang. Berikut saya kongsikan beberapa tip warna sebagai panduan anda :

Merah (Berani dan Aktif)
Biru (Jujur dan Taat)
Kuning (Optimistik dan Menarik)
Hijau (Bertenaga dan Semulajadi)
Oren (Kreatif dan Sihat)
Purple (Mewah dan Unik)

TIPS: Pemilihan warna cadar dan tuala juga memainkan peranan penting. Pastikan warna cadar dan tuala sesuai dengan warna tema dan tidak bercampur-campur warna agar nampak eksklusif.


PELARIS #4: PEMILIHAN PERABOT MODEN

Pemilihan perabot yang moden adalah penting kerana ia merupakan elemen yang paling besar serta menentukan tema hiasan dalaman homestay anda. Pemilihan yang salah akan memberikan impak yang negatif kerana anda perlu bersaing dengan homestay lain yang mungkin menawarkan hiasan yang lebih menarik.





PELARIS #4: GAMBAR YANG MEMUKAU

Sebaik-baiknya dapatkan perkhidmatan jurugambar profesional kerana gambar merupakan penarik utama yang akan membuatkan pelanggan teruja untuk menempah homestay anda.

Lihat perbezaan antara dua gambar di bawah:

Gambar yang diambil mengunakan telefon bimbit

Gambar yang diambil oleh jurugambar professional

Tentunya gambar yang diambil oleh jurugambar profesional lebih menyerlah dan mengujakan, bukan?


PELARIS #5: JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN

Jaga tahap kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah pasti tidak!

Malah lebih buruk lagi, jika mereka mem’viral’kan tentang kekotoran homestay anda di media-media sosial. Oleh itu, sentiasa pastikan dua elemen ini dijaga dengan baik.


PELARIS #6: UNSUR-UNSUR KREDIBILITI

Sesetengah OTA (Online Travel Agency) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb menganugerahkan gelaran Superhost kepada host yang menepati syarat-syarat kelayakan. Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s Award kepada pengusaha homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Anda disyorkan untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.




PELARIS #7: PENYEDIAAN SNEK DAN MINUMAN SECARA PERCUMA

Pelanggan akan merasa dihargai jika mendapati terdapat snek dan minuman disediakan untuk mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke homestay anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyediaan snek dan minuman. Beli secara pukal di pasaraya atau hypermarket bagi
mengurangkan kos. Nilai tambah ini akan membuatkan pelanggan berasa sangat gembira dan dihargai.


PELARIS #8: POST MORTEM

Sentiasa membuat post morterm tahap kelebihan dan kekurangan homestay anda, seperti menambahkan idea baru atau added-value ke dalam homestay anda. Borang maklumbalas yang anda berikan kepada penginap anda adalah sangat penting untuk perkara ini. Baca setiap maklumbalas yang mereka berikan. Sedikit sahaja kelainan yang boleh anda tonjolkan berbanding dengan pesaing anda, walaupun sekecil 10% sahaja, ianya mampu memberikan impak yang besar.


PELARIS #9: VOUCHER DISKAUN

Untuk membuatkan pelanggan anda rasa dihargai, anda boleh menyediakan voucher diskaun kepada pelanggan ulangan anda kerana mereka adalah prospek pelanggan yang tinggi. Ini adalah kerana mereka telah merasai keselesaan menginap di homestay anda dan tentunya dengan memberi voucher tersebut, akan menjadi daya penarik untuk mereka kembali menginap di homestay anda.


PELARIS #10 : JAGA HUBUNGAN DENGAN PEMBERI REZEKI

Harta dan kekayaan yang kita miliki adalah milik Allah, harta milik Allah harus digunakan untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta supaya memberi manfaat kepada kita di dunia mahu pun di akhirat.

Salah satu caranya adalah dengan bersedekah. Betulkah sedekah boleh menderaskan rezeki? Jawapan saya adalah YA dan YA!

Saya kongsikan kisah saya dalam menguruskan homestay. Saya pernah mengalami kekosongan tempahan menyebabkan saya mengalami kerugian dan kekurangan profit, dan apabila saya mengkaji semua teknik marketing telah saya lakukan dengan baik dan sempurna.

Namun, saya terlupa seperkara iaitu hubungan dengan Allah melalui solat dhuha dan sedekah adalah pelaris utama marketing kita kepada manusia. Apabila hubungan kita dengan Allah erat seeratnya, insyaAllah kita akan berjaya di dalam hidup. Akhirnya, homestay saya telah diterima oleh masyarakat tempatan mahu pun di luar negara.

Benarlah Allah berfirman dalam al-Quran... ’Dan barangsiapa yang sedang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia bersedekah sebahagian rezeki yang Allah berikan kepadanya’ [Al-Talaq;7].

Itulah 10 pelaris yang boleh anda guna dan amalkan di dalam mengurus homestay anda.
Selamat mencuba!

Hasil penulisan: 10 Rahsia Pelaris Homestay | Faridil Atras


Anda rasa artikel ini bermanfaat untuk kenalan anda? Share kepada rakan anda di Facebook.

03 July 2019

'Wainscoting DIY' jadikan rumah anda mewah dan elegan dengan kos yang rendah



Mungkin anda biasa nampak hiasan dinding seperti dalam gambar di atas tapi anda tak tahu nak panggil apa kan?

Hiasan dinding seperti dalam gambar di atas ni dipanggil 'Wainscoting'.

Wainscoting berasal dari negara barat suatu ketika dahulu yang mana kegunaannya bukanlah untuk hiasan! Wainscoting pada asalnya bertujuan untuk menghalang kelembapan dan kesejukan daripada memasuki bahagian dalam rumah dengan kaedah menutupi sebahagian bawah dinding menggunakan beberapa keping panel kayu.

Namun, hasil daripada kreativiti dan seni, wainscoting ini turut menjadi sebahagian daripada hiasan dalam rumah. Oleh kerana pembuatannya adalah berasaskan kayu, kos untuk membuatnya tidaklah murah dan biasa kelihatan di pejabat dan kediaman-kediaman mewah sahaja.

Kini, ramai yang boleh menghasilkan wainscoting sendiri tanpa mengupah mana-mana tukang atau kontraktor. Dengan melakukan sendiri, anda hanya perlu keluarkan kos sebanyak RM200 sudah memadai untuk mendapatkan wainscoting di rumah anda. Walaupun tidak berfungsi seperti wainscoting yang asal, tetapi ia tetap menaikkan suasana di rumah anda. Pemilihan warna dan tona yang betul akan menampakkan rumah anda mewah dan elegan.

Gambar-gambar di bawah adalah beberapa contoh wainscoting yang dihasilkan sebagai hiasan di rumah.






Kebiasaannya, wainscoting dihasilkan dengan ketinggian 3 kaki dari aras lantai. Namun, terdapat juga wainscoting dengan ketinggian penuh atau hampir penuh seperti gambar di bawah.





Panel untuk wainscoting pula terdiri daripada beberapa jenis.

1. Raised panel
2. Flat panel
3. Beadboard


Raised panel


Flat panel


Perbezaan antara flat dan raised panel


Beadboard panel



Anda rasa artikel ini bermanfaat untuk kenalan anda? Share kepada rakan anda di Facebook.