Mungkin anda biasa nampak hiasan dinding seperti dalam gambar di atas tapi anda tak tahu nak panggil apa kan?
Hiasan dinding seperti dalam gambar di atas ni dipanggil 'Wainscoting'.
Wainscoting berasal dari negara barat suatu ketika dahulu yang mana kegunaannya bukanlah untuk hiasan! Wainscoting pada asalnya bertujuan untuk menghalang kelembapan dan kesejukan daripada memasuki bahagian dalam rumah dengan kaedah menutupi sebahagian bawah dinding menggunakan beberapa keping panel kayu.
Namun, hasil daripada kreativiti dan seni, wainscoting ini turut menjadi sebahagian daripada hiasan dalam rumah. Oleh kerana pembuatannya adalah berasaskan kayu, kos untuk membuatnya tidaklah murah dan biasa kelihatan di pejabat dan kediaman-kediaman mewah sahaja.
Kini, ramai yang boleh menghasilkan wainscoting sendiri tanpa mengupah mana-mana tukang atau kontraktor. Dengan melakukan sendiri, anda hanya perlu keluarkan kos sebanyak RM200 sudah memadai untuk mendapatkan wainscoting di rumah anda. Walaupun tidak berfungsi seperti wainscoting yang asal, tetapi ia tetap menaikkan suasana di rumah anda. Pemilihan warna dan tona yang betul akan menampakkan rumah anda mewah dan elegan.
Gambar-gambar di bawah adalah beberapa contoh wainscoting yang dihasilkan sebagai hiasan di rumah.
Kebiasaannya, wainscoting dihasilkan dengan ketinggian 3 kaki dari aras lantai. Namun, terdapat juga wainscoting dengan ketinggian penuh atau hampir penuh seperti gambar di bawah.
Panel untuk wainscoting pula terdiri daripada beberapa jenis.
1. Raised panel
2. Flat panel
3. Beadboard
Raised panel
Flat panel
Perbezaan antara flat dan raised panel
Beadboard panel
Anda rasa artikel ini bermanfaat untuk kenalan anda? Share kepada rakan anda di Facebook.











No comments:
Post a Comment