Kadang kala peralatan bilik mandi anda masih dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan dengan baik. Anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mengembalikan seri di bilik mandi anda
Dalam artikel ini, kami anda kongsikan 5 tips ringkas yang boleh anda guna untuk membersihkan peralatan bilik mandi anda dan menjadikannya nampak seperti baru. Yang paling penting sekali, JIMAT!
#1: BERSIH BILIK MANDI MENGUNAKAN SABUN CUCI PINGGAN
Caranya adalah mudah. Letak sedikit sabun cuci pinggan ke atas permukaan kering dan gosok menggunakan berus. Ia dapat menanggalkan kesan sabun mandi, dan kotoran. Seterusnya, bilas bilik mandi anda dengan air yang bersih.
Sabun cuci pinggan juga selamat dan tidak mempunyai bau yang membahayakan keluarga anda.
Saranan kami supaya menggunakan berus dan bukannya span kerana ia lebih mudah dan cepat. Lebih baik sekiranya anda menggunakan penyapu berus kerana ia tidak menyebabkan anda sakit sendi dan lutut.
#2: CUCI PILI AIR MENGGUNAKAN BERUS GIGI DAN UBAT GIGI

Ubat gigi bagus untuk menghindarkan kesan minyak, kapur dan sabun mandi. Setitik ubat gigi lama sudah mencukupi untuk satu pili air.
Kemudian, lapkan terus menggunakan 'wax-paper'. Ia memberikan kesan kilauan yang tahan lama menjadikan pili air anda nampak seperti baru.
Cari ini sesuai untuk mencuci peralatan yang berasaskan 'stainless-steel'.
#3: GUNA 'BAKING SODA' UNTUK ATASI SINKI TERSUMBAT

Letakkan 'baking soda' ke dalam lubang sinki yang tersumbat. Biarkan untuk seketika. Ia akan melarutkan sisa-sisa di dalam lubang tersebut yang menyebabkan sinki tersumbat.
Bilas dengan menuangkan air panas ke dalam lubang sinki tersebut. Anda akan dapati sinki anda tidak tersumbat lagi. Mudah kan?
#4: GUNA CUKA UNTUK BERSIHKAN 'TILE' DAN SINKI

Adakah anda perasan yang anda mengalami sakit tekak selepas anda mengunakan cecair pencuci tandas? Ini adalah kerana bahan kimia yang digunakan adalah kuat dan mampu memberi kesan kepada tekak anda. Lupakannya dan tukar kepada yang lebih selamat dan ia ada di dapur anda!
Cuka dapat menghilangkan kesan air dan sabun mandi. Gunakan cuka untuk membersihkan lantai dan sinki anda. Campurkan sedikit jus lemon untuk mempercepatkan dan memberi kesan yang lebih baik.
Anda akan dapati sinki yang bersinar semula dan berbau harum.
#5: CUCI CERMIN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH

Anda memerlukan alkohol untuk perubatan, kapas, cecair pencuci cermin, dan kain mikro fiber.
Letak sedikit alkohol pada kapas, dan lap pada cermin untuk menanggalkan kesan gam, minyak, dan ubat gigi yang kering. Kemudian, semburkan cecair pencuci cermin dan lapkan keseluruhan cermin. Anda juga boleh mengunakan cuka.
Lap mengunakan kain mikro fiber. Ia tidak akan meninggalkan kesan bulu pada cermin.
Cara ini hanya perlu dibuat sekali untuk 2-3 bulan. Dalam aktiviti seharian, anda hanya perlu mencuci dengan mengunakan alkohol sahaja.
5 tips yang mudah dan ringkas serta menjimatkan. Cubalah! anda boleh jadikannya sebagai rutin harian anda agar bilik mandi anda sentiasa bersih dan menyegarkan.
Anda rasa artikel ini bermanfaat kepada rakan anda? Share kan di Facebook anda.
